Sg Panataran & Homestay Melangkap
KOTA BELUD - Puncak Gunung Kinabalu jelas kelihatan dari Sg Panataran di Kampung Melangkap Baru, memang rezeki saya dari krew Mansau Ansau melihat keindahan Gunung Kinabalu dari arah sini.
Dengan deruan air sungai yang mengalir dicelah celah batu sungai Panataran ini, keindahan puncak Kinabalu amat menyerlah apatah lagi dengan kemunculan tompok-tompok awan kecil ibarat melihat lukisan di depan mata.
Andainya anda berpeluang berkunjung ke Sabah, cuba luangkan masa atau jadualkan untuk berkunjung ke Kota Belud kerana daerah ini banyak keunikannya, jarak antara Kota Kinabalu dengan Kota Belud juga tidaklah terlalu jauh, masa perjalanan antara satu jam ke satu jam tiga puluh minit sahaja.
Di sungai Panataran ada pengusaha homestay menyediakan kawasan perkhemahan dengan kadar sewa yang amat berpatutan. andainya tidak mahu bermalam di homestay, anda boleh berkhemah sama ada menyewa di tapak perkhemahan atau membawa khemah sendiri.
Jangan bimbang soal keselamatan, kerana pengusaha homestay menyediakan petugas untuk mengawal dan membuat rondaan di sepanjang tapak perkhemahan bagi memastikan keselamatan anda.
air sungai Panataran ini amat sejuk dan awas alirannya juga deras, berhati hati ketika mandi manda kerana bimbang anda akan dihanyutkan arus deras sekiranya tidak berwaspada.
Dengan deruan air sungai yang mengalir dicelah celah batu sungai Panataran ini, keindahan puncak Kinabalu amat menyerlah apatah lagi dengan kemunculan tompok-tompok awan kecil ibarat melihat lukisan di depan mata.
Andainya anda berpeluang berkunjung ke Sabah, cuba luangkan masa atau jadualkan untuk berkunjung ke Kota Belud kerana daerah ini banyak keunikannya, jarak antara Kota Kinabalu dengan Kota Belud juga tidaklah terlalu jauh, masa perjalanan antara satu jam ke satu jam tiga puluh minit sahaja.
Di sungai Panataran ada pengusaha homestay menyediakan kawasan perkhemahan dengan kadar sewa yang amat berpatutan. andainya tidak mahu bermalam di homestay, anda boleh berkhemah sama ada menyewa di tapak perkhemahan atau membawa khemah sendiri.
Jangan bimbang soal keselamatan, kerana pengusaha homestay menyediakan petugas untuk mengawal dan membuat rondaan di sepanjang tapak perkhemahan bagi memastikan keselamatan anda.
Ulasan
Catat Ulasan