KM 0 Kota Kinabalu
KM "0"
Mungkin bagi anda tiada apa-apa keistimewaan dengan penanda 0 kilometer, tetapi ia cukup berharga dan amat bererti buat saya yang sering berkelana bukan sahaja di dalam negara malah di seluruh dunia.
Di Kota Kinabalu, penanda 0 kilometer terletak di depan pejabat Sabah Tourism di Jalan Gaya. Terima kasih kepada DJ Sabah Vfm, Lojina Chin kerana menjadi orang pertama yang menyampaikan informasi dan membawa saya ke lokasi ini.
Sebaik diberi peluang bertugas di Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Sabah, tempat paling unik yang ingin saya rakamkan foto saya adalah di kilometer 0 Kota Kinabalu ini.
Apatah lagi dengan ketibaan, siput scooter dari Semenanjung ini, terus saya membawanya untuk sama-sama bergambar kenangan di 0 kilometer Kota Kinabalu.
Setakat ini, saya telah menemui 0 kilometer di
1. Kuala Lipis, Pahang
2. Pengkalan Kubur, Kelantan
3. Johor Bahru, Johor
4. Muar, Johor
5. Kangar, Perlis
6. Bukit Kayu Hitam, Kedah
7. Tapah, Perak.
Dua lagi 0 kilometer telah dapat saya kesan tetapi belum berkesempatan untuk menjejakinya, lokasinya ialah di Tanjung Piai, Johor dan Karak, Pahang.

Ulasan
Catat Ulasan