Borneo paling utara - Tg Simpang Mengayau Kudat

KUDAT - sila semak peta dan pastikan di mana kedudukan Kudat, ini adalah kawasan yang sangat unik kerana ia menjadi ikon kepada Kepulauan Borneo kerana di daerah ini terdapat satu lokasi yang kedudukannya adalah di kawasan paling utara Pulau Borneo.
Lokasinya ialah di Simpang Tanjung Mengayau. kedudukannya ialah di latitud 7 darjah utara dan longitud 116 darjah timur.
Tanjung Simpang Mengayau atau disebut juga sebagai Tanjung Sampang Mangazou turut dikenali  sebagai Tip of Borneo dalam Bahasa Inggeris. Ia adalah bahagian paling utara Borneo yang, satu lagi keunikan lokasi ini adalah, ianya merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.


Glob di Tg Spg Mengayau

Bagi anda yang berkesempatan melancong ke Sabah, rugi sekiranya jika tidak singgah di Simpang Tanjung Mengayau ini kerana boleh menjejakkan kaki di tanah paling utara Borneo. walaupun kedudukannya dari Kota Kinabalu lebih 170 kilometer tetapi apabila anda sampai di sini, pastinya tidak rugi kerana keindahan dan keunikan kawasan persekitaran yang menarik setanding Pulau Bali Indonesia.




Nama Tanjung Sampang Mangazou berasal dari bahasa kaum Rungus, iaitu kumpulan etnik yang menetap di daerah Kudat. Tanjung maksudnya ialah tanjung, Sampang bererti kesatuan manakala Mangazou pula diertikan sebagai pertempuran.
Menurut sejarahnya, di lokasi ini pertempuran berlaku apabila kaum Rungus mempertahankan wilayah mereka terhadap serangan dari lanun. Mengikut lagenda, lokasi ini dijadikan kawasan pendaratan bagi lanun.




Pada masa sekarang, tanjung ini telah dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong. sebagai penanda dan untuk pelancong merakamkan kenangan di kawasan ini. Sebuah Glob besar dengan peta Borneo serta sabah dibina. pada peta tersebut turut tercatat "Tip of Borneo" dan perkataan "You Are here" yang menandakan pelancongan berada di tanah palig utara pulau Borneo.







Pada bahagian bawah pula diletakkan papan tanda yang menunjukkan Laut China Selatan dan Laut Sulu Tanjung dengan melabelkan Tanjung Simpang Mengayau sebagai lokasi pemisah antara dua perairan di pulau Borneo. 






Simpang Mengayau juga menghidangkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari tenggelam kepada pelancong.




                selamat Melancong, kenali negeri anda, ketahui negara anda, jelajahi dunia anda

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KM 0 Kota Kinabalu

Sg Panataran & Homestay Melangkap