Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

Sg Panataran & Homestay Melangkap

Imej
KOTA BELUD - Puncak Gunung Kinabalu jelas kelihatan dari Sg Panataran di Kampung Melangkap Baru, memang rezeki saya dari krew Mansau Ansau melihat keindahan Gunung Kinabalu dari arah sini. Dengan deruan air sungai yang mengalir dicelah celah batu sungai Panataran ini, keindahan puncak Kinabalu amat menyerlah apatah lagi dengan kemunculan tompok-tompok awan kecil ibarat melihat lukisan di depan mata. Andainya anda berpeluang berkunjung ke Sabah, cuba luangkan masa atau jadualkan untuk berkunjung ke Kota Belud kerana daerah ini banyak keunikannya, jarak antara Kota Kinabalu dengan Kota Belud juga tidaklah terlalu jauh, masa perjalanan antara satu jam ke satu jam tiga puluh minit sahaja. Di sungai Panataran ada pengusaha homestay menyediakan kawasan perkhemahan dengan kadar sewa yang amat berpatutan. andainya tidak mahu bermalam di homestay, anda boleh berkhemah sama ada menyewa di tapak perkhemahan atau membawa khemah sendiri. Jangan bimbang soal kesel...

KM 0 Kota Kinabalu

Imej
KM "0"  Mungkin bagi anda tiada apa-apa keistimewaan dengan penanda 0 kilometer, tetapi ia cukup berharga dan amat bererti buat saya yang sering berkelana bukan sahaja di dalam negara malah di seluruh dunia. Di Kota Kinabalu, penanda 0 kilometer terletak di depan pejabat Sabah Tourism di Jalan Gaya. Terima kasih kepada DJ Sabah Vfm, Lojina Chin kerana menjadi orang pertama yang menyampaikan informasi dan membawa saya ke lokasi ini. Sebaik diberi peluang bertugas di Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Sabah, tempat paling unik yang ingin saya rakamkan foto saya adalah di kilometer 0 Kota Kinabalu ini. Apatah lagi dengan ketibaan, siput scooter dari Semenanjung ini, terus saya membawanya untuk sama-sama bergambar kenangan di 0 kilometer Kota Kinabalu.   Setakat ini, saya telah menemui 0 kilometer di 1. Kuala Lipis, Pahang 2. Pengkalan Kubur, Kelantan 3. Johor Bahru, Johor 4. Muar, Johor 5. Kangar, Perlis 6. Bukit Kayu Hitam, Kedah 7. Tapah, ...

Borneo paling utara - Tg Simpang Mengayau Kudat

Imej
KUDAT - sila semak peta dan pastikan di mana kedudukan Kudat, ini adalah kawasan yang sangat unik kerana ia menjadi ikon kepada Kepulauan Borneo kerana di daerah ini terdapat satu lokasi yang kedudukannya adalah di kawasan paling utara Pulau Borneo. Lokasinya ialah di Simpang Tanjung Mengayau. kedudukannya ialah di latitud 7 darjah utara dan longitud 116 darjah timur. Tanjung Simpang Mengayau atau disebut juga sebagai Tanjung Sampang Mangazou turut dikenali  sebagai  Tip of Borneo  dalam Bahasa Inggeris. Ia adalah bahagian paling utara Borneo yang, satu lagi keunikan lokasi ini adalah, ianya merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu. Glob di Tg Spg Mengayau Bagi anda yang berkesempatan melancong ke Sabah, rugi sekiranya jika tidak singgah di Simpang Tanjung Mengayau ini kerana boleh menjejakkan kaki di tanah paling utara Borneo. walaupun kedudukannya dari Kota Kinabalu lebih 170 kilometer tetapi apabila anda sampai di si...